Thursday, 1 March 2012

lunch hour #1

assalamualaikum.

sekarang ini saya berada di ofis, bersenang lenang kerana sekarang adalah lunch hour sehingga pukul 2.30 ptg.tadi saya baru sahaja qailullah (aktiviti wajib setiap kali lunch hour...:P) dan bangkit daripada tidur, saya terus buka fb dan blog2 wajib-buka.hehe.sudah beberapa hari sebenarnya rasa teringin mahu menaip sesuatu di dalam blog tapi apakan daya, disebabkan kemalasan dan kepenatan, saya biarkan sahaja laptop tidak terusik utk beberapa hari.bukan apa, laptop saya dah lama tidak terformat, maka kelajuannya adalah tahap siput-bersiar-siar.ini adalah sangat mencabar kesabaran saya, maka disebabkan saya tak mahu mendapat dosa kering menyumpah seranah laptop sendiri yg telah banyak berjasa, saya pun membiarkan sahaja laptop tersebut tidak terusik.hahaha...

so, sekarang, nak cite sket je lah...
mcm tak sempat nk taip pnjg sbb nk solat dan makan.hihi.

beberapa hari lepas, saya keluar agak lewat dr ofis.lbh kurang pukul 6.00ptg.
maka, terjadilah dialog begini antara staff yg masih di ofis dan duduk berdekatan...

en. yusof : kau ni selalu balik lambat.rajin betul kau.rileks la, kau baru 2 bulan kt sini, org pun tak kesah kalau kau balik awal.performance tu baru je...
kak yam : haah la nadia, rajin pulak balik lambat.ooo...takpe la, die bujang..
saya : (sengih) banyak keje la kak...
en. yusof : oo...entah2 ada org tggu kt bwh tu.ada 'kawan' tggu la tu kot.
kak yam : eh, mana ada en. yusof, nadia mana main boyfriend2 ni...dia baik bla bla bla...
en. yusof : oh, kalau macam tu bukan boyfriend la, ada ustaz tggu la kot kt bawah tu...
kak yam dan en. yusof : (gelak2 sambil memandang saya)
saya : (sengih je, dlm hati "amiiiiinnnnnn")

wahaha.kenakalan terserlah..

bukan nak cerita tu sgt pun, tapi sbnrnya, realiti masyarakat dah biasa bila anak2 ada boyfriend dan girlfriend.siap ada yg tanya lagi bila anak da masuk IPT "timah, awk tu takde boyfriend lagi ke?cuba la sket2 tgk lelaki mana yg sesuai, takde la mak ni nnt lmbt dpt menantu.."

tak yakinkah kita pada qada' dan qadar Allah?

wallahu a'lam.

0 feedback: