Assalamualaikum.
saya baru sahaja pulang dari seri kembangan maghrib tadi.kembali ke gombak setelah 2 malam menginap di rumah kakak di seri kembangan.tujuan menginap di situ..hehe....haruslah sebab ada program dan nak jumpa abah!kehkeh...
kehidupan yg dimulakan di sini nampak ok.kerja pun ok walaupun tak nafikan kerja memang berlambak tp siapalah saya untuk mengaku "eh, aku buzy lah!".ada jugak kadang2 terfikir untuk stay up kt ofis lama sket tp bile fikir yg sy ni menumpang di rumah makcik, tak elok lah pulak.kang die risau saya balik lambat.
sabtu lepas, saya menghadiri satu perbincangan besar mengenai para remaja di Malaysia ini.huhu.sungguh, medan ini sangat luas dan tenaga yang diperlukan juga ramai.disebabkan saya masih belum lagi mendaftar di mana-mana daerah utk 'kerja' ini, maka, ramailah akhawat dan tidak kurang juga pakcik2 yg offer saya untuk mendaftar di tempat mereka.wah wah.mentang2 saya bujang dan mudah di'booking' utk program, maka cepat sahajalah mereka menawarkan saya tanah2 yg masih memerlukan tenaga muda.'ala kulli hal, saya masih lagi belum decide (eh, kenapa decide?bukn ke mmg dah tetap ikut tmpt tinggal?haha.sbb kwsn KL selangor ni mmg pelik).
baru 2 minggu tinggal di KL, saya melihat gaya dan rentak kehidupan manusia2 super busy dengan dunia.lebih2 lagi, saya telah melakukan usaha mencari rumah sewa/bilik sewa.maka, saya telah memerhati ramai manusia.utk mencari rumah ini pun, saya bukan lah jenis yang pakai tangkap muat je.ciri2 rumah yg saya nk masuk tu sangatlah...emmm...sangatlah....entah, tp susah nk jumpa la..yg pertama sekali, saya nak masuk rumah akhawat atau sedara mara sahaja.wahahahaha~! syarat pertama sahaja dah memang susah nak cari.saya tahu.maka, saya rasa memang saya akan bermastautin sahaja di rumah makcik saya ini.moga2 keluarga ini bagi keizinan utk saya tinggal di sini paling kurang pun setahun >_< erk....betul, setahun.saya rasa dalam masa setahun saya di sini barulah saya dapat kumpul duit yg agak banyak utk sewa rumah yg selesa sedikit.
bukan apa, hari tu, saya ada ke rumah akhawat di sekitar KL dan selangor ni.saya tahu dan yakin akhawat sangat zuhud dan berjimat cermat.akhawat juga sangat lah 'cukup lah dengan apa yang ada'.saya tahu, akhawat sangat bagus.cuma, saya sendiri yang merasakan, saya sukar utk tinggal di situ atas sebab2 yg munasabah bagi saya.saya memang nak sangat tinggal sebumbung dengan akhawat, masakan tidak, saya tahu di rumah itu nanti saya dapat rasakan ukhwah yg sedap macam tutti frutti.tetapi, saya rasa, privacy adalah sangat penting bila sewa rumah kongsi.susah saya nak terima bila sebuah bilik yg hanya muat utk 2 orang disumbat dgn 4 orang.ya ya, saya tahu mungkin ada yg akn kata, saya ni terlalu memilih dsb.tapi percayalah, saya juga fikirkan tentang akhawat di rumah tersebut.
setelah berbincang dgn kakak, abg ipar, abah, makcik, pakcik, sepupu sepapat, mama, saya rasa saya akan tinggal sahaja di rumah makcik saya ini sampai saya kahwin eh silap....sampai saya yakin saya dapat berdikari.berdikari maksud saya, dah ada transport sendiri dan mampu maintain duit utk rumah sewa dan kereta. eh, saya bukan tinggal di rumah makcik ni free tahu?wlpn makcik saya tak minta saya membayar apa2 (tp ada la jgk sekali sekala bergurau nk bg bil kt saya :P), saya still akan bayar pd makcik dan tidak lupa sepupu saya selaku driver terhebat.lgpun, mama dan abah dah pesan awal2 supaya jgn lupa bayar pd makcik.selain tu, ini adalah cara utk saya berlatih sblm duk rumah sewa sendiri nnt.nak ikutkn, duit yg sy dapat skrg mmg lg byk dr masa study dulu, tp tak tau knapa saya rasa risau sgt tak cukup duit duk KL ni.huhu.'ala kulli hal, saya harus yakin rezeki tu Allah yg beri, kan?
sekarang ini saya tidak sabar utk memulakan kelas memandu saya.kalau ada rezeki, saya nak cepat2 renew lesen L dan sambung belajar.huhu.ini kes sebab dulu gagal JPJ la nih!TT__TT lepas dapat lesen P (insyaAllah, klu ada rezeki), saya akan cuba berpolitik dgn abah dan mama utk dapatkn tender sewa JJQ 4789 selama setahun.walaupun saya tahu agak mustahil, saya akan cuba juga.masakan tidak, sebelum ni saya dah cuba minta dibelikn motor, dibayarkan duit muka kereta, tapi abah tak benarkan.dgn kata lain, abah tak setuju.saya rasa, kalau memang 2 option tu pun tak bole, sewa JJQ selama setahun adalah pilihan terakhir utk saya berkenderaan.kenapa nak sangat kenderaan?in the first place, soalan ni yg harus ditanyakan dahulu.well, i'm handicapped without transport.'kerja' saya pun ada kemungkinan terganggu kerana tidak mempunyai kenderaan.car-pool memang satu option, tapi sampai bila?kalau mempunyai kenderaan ini akan memudahkan 'kerja' saya, i'll go for it!
insyaAllah, saya juga akan let go Xperia X8 saya tak lama lagi.ada yg nak beli tak?saya nak jual min RM420.ya, memang saya baru sahaja beli hp ini bulan lepas, tapi saya rasa beli tapi tak guna sebaiknya pun bukan satu benda yg baik kan?lgpun, saya rasa smartphone brand sony ericssons bukan pilihan yg tepat.kalau nak beli smartphones, baik go for HTC atau samsung.takpun, kalau rasa ada duit lebih sikit, go for iPhone!hehe.saya baru sahaja dapat K660i dari kakak saya.ya, memang 2nd hand dan baterinya pun dah rosak tp saya rasa, okla utk ganti X8 saya tu.saya akn beli bateri baru.saya perlukan duit sekarang.saya x nak membazir pada benda yg tak patut sebab saya rasa saya tak perlukn smartphones buat masa skrg.mgkn akn dtg saya akn beli satu iPhone :P (hamek kau!)
eh, terpanjang pulak entry ini.takpelah, sekali sekala kan.
hey, nak tahu tak?insyaAllah, kami akan menerima orang baru dalam keluarga kami tak lama lagi!wee~ saya bakal mendapat adik lagi.adik sebapa.umi Jun sedang menunggu hari.tolong doakan agar semuanya selamat ye :)
nadi : kayuh pelan2, insyaAllah sampai...
0 feedback:
Post a Comment