Bismillah...
pertama sekali, bila letak tajuk entry ni, saya teringat entry KF bertajuk it has never been an easy thing. macam sama pulak.hihi. tapi sebenarnya, tajuk je mcm sama, isinya lain insyaAllah.
kedua, saya nak minta maaf sangat2 pada yg masih menanti entry2 mengenai Peuehaba Aceh. mula2 masa buat entry Akan Datang tu mcm da smgt nk taip, tiba2 beberapa hari selepas itu, mcm2 jadi. so, tak dapatlah nak meneruskan niat yang suci dan murni tu (ok, alasan je ni! :P) akan saya tunaikan jugak tp mgkn lps segala urusan kerja saya selesai ye.
since the previous entry, saya dah tak bukak blog ni.tgk2 kt chatbox, saya ternampak satu soalan, "dapat interview kerja ke pursue degree?overseas ke?"..huhu.terima kasih kerana bertanya kerana sememangnya dah lama nk post entry mengenai persoalan itu.
untuk menjawab, sebenarnya, beberapa minggu yang lepas, saya telah dipanggil interview kerja oleh TM. saya pun tak tahu sama ada keputusan yang saya buat ni betul atau tidak. sebab, once saya da pergi interview tu, maksudnya, saya dah bersedia untuk kerja dgn mereka dan tidak menyambung degree saya dlm masa terdekat. dan kalau nak sambung pun, mungkin perlukan masa 2 tahun kerja dgn mereka dahulu, barulah boleh sambung TT__TT
tapi, saya kuatkan hati, redah jelah.saya pun ke KL dan menginap di rumah senior mmu yang juga merupakan pekerja TM (rumah nya sgt dekat dgn menara TM.syukran Kak Kamilah!)
esoknya, interview berjalan seperti biasa. ada lebih kurang 10 candidates tp hbs lmbt (sepanjang ofis hour) sbb sume candidates seperti 'pisang goreng panas yg dijual di tepi jalan'. banyak sgt department nak amik ktrg kerja :P saya merupakan candidate pertama yang ditemuduga. akceli, sampai ke dpn pintu bilik temuduga tu saya still ragu2 sama ada saya betul2 nak kerja ke tak. sampaikan berlaku sikit konflik ketika interview bila mana interviewer tanya saya, "awak tak nak sambung degree ke?"...well, of course i do! (ok saya tak jawab mcm tu pun :P) ada la skema jawapan yang saya dah pk on the spot bila soalan tu diajukan tapi konklusi dr jawapan sy tu lbh kurang mcm ni, "saya memang nak sambung.kalau saya dapat tawaran ke overseas, ada kemungkinan saya akan resign. kalau tak, saya tgk jelah peluang apa yg saya bole dpt melalui pakej2 staff yg TM sediakan."
hehe.berani mati punye jawapan! tak elok ye anak-anak jawab begitu.sila jgn tiru.
reaksi beberapa interviewer agak mengecewakan saya. they were like, "emmm...bole percaya ke nk amik budak ni kerja department aku?".. yes, the faces were like that.sad case! TT__TT
tapi tu tak menjatuhkan semangat saya.saya faham.takkan la diorg nak amik budak yang ada kemungkinan nk resign dari company diorg? klu mmg dah ada niat nk resign, nape dtg interview?camtu la lbh kurang.
tapi saya sbnrnya harap sgt kot2 ada la sorg dua interviewer yg kata mcm ni, "bagus, saya suka awak bercita-cita tinggi.awak memang patut teruskan degree awak instead of servis dgn TM dulu. after awak hbs degree pun awak bole servis dgn kami.takde masalah.mengenai hasrat awak nk ke oversea, mungkin kami bole bincang dgn pihak YTM sama ada mahu taja awak atau tak. (senyum bangga)".....wah, mesti hati saya berbunga-bunga bila dengar ada yang menjawab begitu.tapi hakikatnya, tiada TT__TT saya pun keluar dari bilik temuduga dgn hati yang benar-benar tawakal.
mungkin saya belum cukup istikharah. teruknya saya. saya selalu doa tapi saya rasa usaha saya belum cukup malah terlalu sedikit.sekarang, saya baru sahaja mendapat surat tawaran kerja dari pihak TM. lapor diri pada 3 januari 2012. nak taknak, saya WAJIB lapor diri.kalau tak, saya kena bayar diorg sbb langgar perjanjian.
oh, ini sumpah bukan mudah bagi saya!
jujurnya, saya agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut. banyak benda saya fikir. saya belum puas duduk dgn parents. saya fikir pasal mama. tak tahu kenapa, tapi saya fikir, once saya terima tawaran kerja ni dan pindah KL, saya dah tak ada peluang lagi nak duduk serumah dgn mama dan itu akan membuatkan saya tak dapat nk selalu ada dgn mama lagi. saya tahu mama pun mungkin berbaur perasaan sama ada nak gembira atau nak sedih. mungkin dia berat hati nak lepaskan saya tinggal di KL, jauh dengan dia. huh, sebenarnya, bukan dia sahaja, saya pun mcm tu jugak. pernah sekali, saya ajak mama pindah KL dgn saya (haha!suke ati kau je!) tp ye lah, itu sgt mustahil. sejak abah bertambah tanggungjawab, saya tahu mama banyak berendam air mata.dan saya......saya tak dapat nak buat apa-apa selain cuba nak buat dia gembira setiap hari.tapi saya tak salahkan abah.from my parents part, it was not their fault at all.bagi saya, anak-anak yang perlu kuatkan parents.jgn tambahkan bebanan pd mereka jika perkara ni terjadi.tu je.
saya nak tinggal dgn mama pun sbb saya rasa mama perlu ditemani anak perempuan di rumah.kami hanya berlima.insyirah dah kahwin dan kerja di KL.hajar masih belajar di UiTM segamat. adik perempuan saya yang lagi 2 orang.............entah, saya harap diorg boleh selalu teman dan tolong mama di rumah.
beberapa hari lepas, mama tak sihat dan abah yg jaga mama.ambil mama di tempat usrah dan bawa ke klinik.(utk pengetahuan, mama jarang sakit dan dia masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun umur dah mencecah 51 tahun.alhamdulillah) dan buat saya terfikir, macam mana la kalau mama tak sihat dan masa tu, abah berada di rumah isteri kedua.siapa nak tolong tgkkn dia?siapa nak bawa dia ke klinik? TT__TT
abg saya yg bertiga tu, sorg tak sihat.lg 2 org, kerja sampai ke lewat malam. tinggal munzir sahajalah yg bole diharap.
oh, ini sumpah bukan mudah bagi saya!
selain tu, saya juga berat hati untuk menolak tawaran ini.pertama, of kos la sbb ini perjanjian.yg kedua, sbb abah insist sgt nak saya kerja.mksd saya, kerja ASAP.dah berkali saya bgtau saya nak sambung degree dulu, tapi dia tetap dgn pendapat dia tu.katanya, "takpe, kerja la dulu.study tu nanti bole pk.takpun kamu buat je la part-time.lgpun, nnt senang la kamu dah ada duit sendiri.".......i really don't know what to say anymore.mmg susah nak bantah cakap abah.selama ni pun, mmg saya selalu dgr cakap dia je bila masuk bab study. tp pendapat ktrg slalu tak sama masuk bab study.in fact, abah sbnrnya tak galakkn pun saya sambung study ke oversea.nak buat mcm mana, harus la taat setia pada abah, nak taknak, dia abah saya kan....
oh, ini sumpah bukan mudah bagi saya!
ada jugak saya terfikir, what about my future?sampai bila saya nak dgr ckp abah je?i do know dia nk yg terbaik utk saya, tp kdg2 saya tak yakin dgn pndpt dia.kalau saya kerja skrg, nnt dah takde mood nak sambung degree mcm mana?saya pun nak jugak ada degree at least.tak nak la sampai diploma je.for me, saya layak utk truskan sampai degree.or else, mgkn lebih baik sampai master.kan?
oh, ini sumpah bukan mudah bagi saya!
saya memang takde mood nak kerja lagi. habis la, saya kena tambah kematangan dalam diri.dush~! dgn pengalaman kerja yang langsung tiada, ilmu pun seciput, Allah sahajalah yang dapat bantu saya. pengalaman berprogram dan latihan industri sahajalah yang bole dipraktikkan.itu pun kalau berguna.huhu.
oh, ini sumpah bukan mudah bagi saya!
nak tinggal di KL ni pun lagi satu hal.haih, dah la lesen memandu tiada, kereta apatah lagi! nak tinggal rumah kakak ke?makcik ke?rumah akhawat ke?.....nak pergi usrah nnt susah tak kalau takde kereta?nak pegi prgrm?....haih, NADI, please be MATURED! awak dah kena fikir banyak bnda mulai sekarang!
saya akan ke KL ahad akn dtg dan mungkin tinggal di rumah kakak (terpaksa la tahan tinggal dgn pasangan baru berkahwin.pesan kawan saya, "kalau tgh mkn dgn diorg kt rumah, tiba2 diorg nk bermanja2, phm2 la, sila angkat kaki dan masuk bilik.sekian.") mama semangat nak hantar saya sampai ke KL.TT_TT sumpah terharu dan sedih.saya tak sanggup nak pisah dgn dia tp dia sampai nak hntr saya ke KL.
nadi : nmpknya, byk kali la saya akn ulang lagu ni bila duk KL nnt.TT__TT
nadi 2 : lain rasanya nak b'pisah dgn mama skrg dgn dulu masa nak masuk mmu.mgkn dulu sy tak pernah nmpk mama nangis kot kecuali masa die tgh tgk cerekarama TV3, tp since sy da hbs diploma ni dan duk rumah, dah 2 kali sy nmpk mama nangis.dan bukan sbb cerekarama TV3.TT__TT
nadi 3 : tolong doakan sy dikuatkan hati utk tinggalkn satu tabiat jahiliyah saya yg dah lama saya nk tinggalkn tp masih tak berjaya.PLEEEEEAAASSSEEEE....
2 feedback:
salam nadi. semoga Allah permudahkan urusan nt. ana akan cuba sentiasa igt utk mendoakan shbt2 supaya kuat. supaya kita semua kuat! ^_^
Deeeee , be strong there :) insyAllah u'll past it through greatly. Allahu yusahhil , Allahu yuqowiy ..
Post a Comment