tak tahu perasaan macam mana nak hadir tadi.rasa takut pun ada jugak.yelah, di sana akan berjumpa dengan wajah-wajah yang sangat dirindui senyumannya.serius rasa terharu sangat dapat jumpa lagi dengan mereka. *senyum sorang-sorang depan laptop.oh, itu sudah biasa!*
alhamdulillah, tiba sahaja di pejabat tadi, akhawat sedang menunaikan solat isya'.majlis ilmu belum bermula.
pentazkirah malam ini, Ustazah Azma Hanifah.subhanallah, gembiranya masih berpeluang dengar kata-kata ustazah.Ustazah Azma merupakan guru ketika di sekolah rendah. *oh, senyum sorang-sorang lagi!* teringat kenangan ketika di sekolah rendah dulu.macam-macam dah ustazah ajar.sirah, al-quran, akhlak.rasa nak ketawa pulak tiba-tiba! :P
tajuk tazkirah malam ini mengenai sabar.sungguh tepat pilihan tajuk dan pentazirah malam ini! Ustazah Azma adalah ikon yang terbaik utk tajuk itu.SABAR.antara babak yang menarik.....
[ketika ini masa tazkirah sudah hampir tamat]
Ustazah Azma : ana ada nak bacakan beberapa hadis dari kitab ni.boleh ke?bukan apa, ana suka kitab ni sebab hadis-hadis dalam ni biasa-biasa je tapi jarang jumpa.boleh ke?kalau nak diikutkan, dalam kitab ni ada 30 hadis utk tajuk ni.(sambil membelek-belek kitab tersebut) kalau ana baca semua boleh ke?banyak ni....
Makcik H : kalau anti nak baca hadis tu satu-satu, kami kene sabarlah tunggu anti baca hadis tu satu-satu sampai habis. (dengan gaya mahu menyahut cabaran tajuk tazkirah)
tetamu yang lain semua ketawa kecil.yelah, tajuk tazkirah memang sabar, kena betul dengan jawapan makcik H tersebut.haha.
..................................................................................................................................................................
lagi satu part yang menarik, bila ustazah ceritakan pengalaman ustazah ketika mengetahui zaujnye (Ustaz Yunus) sudah tidak dapat melihat.ya, pada awal memang hanya kabur. baru tahu, rupa-rupanya, first time masa ustaz tak nampak, ketika tu ustaz tengah drive.MEMANDU! ya! masyaAllah, tak terbayang macam mana ustaz bole gagahkan jugak drive kereta sampai rumah. tiba di rumah, Ustazah sedih, menangis bila tahu hal tersebut. Ustazah mengaku, menangis bukan sebab tak redha, malah ustazah sangat redha, katanya, ujian itu tanda Allah ingat pada kita, tanda Allah sayang kita.
ketika ujian itu melanda keluarga Ustazah, dia sangat sebak ketika mendengar Ustaz bangun malam dan berdoa dalam bahasa 'Arab. (ketika ini, ustazah tengah bercerita sambil mata macam dah nak nangis.nampak sangat ustazah tengah menahan sebak) TT__TT
subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar!
nikmat sangat dapat ke majlis ilmu tadi.tak terkata nikmatnya, sampaikan masa kat pejabat tadi tak banyak cakap, hanya memerhati dan senyum. mungkin rindu sangat kot. melihat senyuman dan gelak ketawa para asatizah yang pernah mengajar sejak kecil. rasa gembira macam tengah tengok mama senyum sebab gembira. pernah rasa macam tu tak?
ya, mereka memang dah macam ibu, mama, ummi, bonda, mak dan apa sahajalah panggilan utk seorang yang telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil.
selepas mendengar tazkirah dari Ustazah Azma, microfon bertukar tangan, Ustazah Shahidah pula mengambil tempat.woah!bestnya dapat dengar kata-kata Ustazah Shahidah.teringat pula kenangan masa kat sekolah menengah. *ok, senyum sorang-sorang lagi :P* pernah sekali masa tengah talk utk pimpinan sekolah saya duduk agak depan jugak la, pastu.......tertidur! pastu............kene tegur dengan ustazah! pastu.............malunye dengan semua pimpinan! dah la ada junior2 jugak kt situ! serius malu! *tutup muka*
ustazah Shahidah masih seperti dulu bila berkata-kata. pedas menusuk kalbu namun menginsafkan. oh, ustazah agak kurang sihat tadi. selsema. syafakillah, moga Allah ampunkan dosa-dosa kecil dengan kesakitan tersebut, insyaAllah.
moga para asatizah sentiasa dikurniakan kebaikan di sisiNya, sentiasa sabar menempuh dugaan yang sangat besar mendidik anak-anak hidayah, moga beroleh keberkatan di dunia dan akhirat, moga Allah binakan mahligai indah buat para asatizah di syurga, moga kita dapat berjumpa di syurga.ameeennnn......
antara asatizah yang hadir tadi : ustazah maria, ustazah, suhaila, ustazah hamizah, ustazah norma SMIH, ustazah normah SRIH, ustazah Juli, Ummi Zu ^_^, ustazah rohaida, makcik Norsiah, eh, itu mama! >_<
0 feedback:
Post a Comment