Saturday, 19 November 2011

bertemu manusia-manusia yang saya mahu bertemu

Assalamualaikum.

jumaat lepas saya baru pulang ke JB setelah jauh travel malaysia.dari jb ke kedah ke perlis ke KL ke melaka, kemudian barulah balik ke JB.fuh, penat memang penat tapi banyak benda dapat.et lis dapat jumpa sedara mara, konvoi ramai2.hehe.walaupun rasa bengang jugak konvoi tak pernah tak putus barisan kereta, mesti ada je yang tertinggal.haish.kesabaran teruji betul.et lis dapat juga jumpa kawan2 di melaka, adik2 bulatan gembira yang sentiasa dirindui (serius tak tipu!rasa nak bawak korg duk JB dgn akak >_<).walaubagaimanapun, masih ada juga hasrat hati yang tak kesampaian.huhu.

meh bg gambar sket.

[KEDAH]Abg Wan menyerahkan mas kahwin kepada Sobiroh

[PERLIS]Abg Epi, Kak Mira dengan keluarga besar Sabran.

haaa...dah.eh, yelah, 2 gambar je.kate sket :P

di Melaka, ada kerja yang perlu diselesaikan tapi tak perlulah cerita sbb kerja tu memang saya tak suka.huh, saya mahu cepat2 bersara daripada jawatan ini! (jgn salah paham, tak suka bukan sbb benci tapi sebab saya kene fokus benda lain buat masa skrg) eh, tapi ada sesuatu yang mereka tinggalkan untuk saya. terima kasih banyak2.u'll always be my siblings!!!

it's was photo album yang sangat cumil!

signed by syira the emcee, abg rezal the boss, kamil the best treasurer ever!

yeah, it's Komiti.Kami!!!
terima kasih pujaan hati.eh :P

teringat masa first time nak create fb group komiti kami.masa tu tak tau nak letak nama apa, try nak letak nama yang tak terlalu formal dan mengikat hati, tgk2 nama 'Komiti Kami' yang melekat sampai sekarang, alhamdulillah.

saya agak lama stay di melaka.menyiapkan kerja, menghadiri perjumpaan bersama syuyukh super saiya Melaka, berjumpa manusia2 yang kekurangan kasih sayang :P:P:P 

agak terkesan pulang ke Melaka kali ini.saya sudah agak saya akan pening kepala sedikit memikirkan 'kerja' yang saya dah mulakan tapi tak akhirkan dengan baik.maka, dengan peluang yang ada, selepas satu malam berjumpa syuyukh, malam tu saya dan Cik S berbincang di satu kedai makan, dalam kereta, dan ke mana-mana sahaja kesempatan yang kami ada untuk berbincang berdua memandangkan hanya dialah harapan saya untuk meneruskan 'kerja' tersebut.jelas, dia pun agak kerisauan dengan ketiadaan saya di Melaka.haih, peluh besar saya.

utk Cik S, silalah bergerak lebih laju.saya tahu anda baru dalam 'kerja' ini tapi saya juga tahu dan sangat yakin bahawa anda boleh lakukan lebih baik!jagalah mereka sebaiknya dan jangan terlepas walau seorang.selebihnya, serahkan pada Dia.mengenai kerja lagi satu yang anda sedang lakukan, saya tahu anda sangat passionate dengan kerja tersebut walaupun mungkin pada mulanya anda hanya mahukan wang tetapi saya yakin sekarang semua itu sudah berubah.anda bukan lagi mahukan wang tapi anda memang sayangkan kerja tersebut, bukan? :P sayangkan kerja atau sayangkan ........ errrr.....:P:P:P nasihat saya, kayuhlah perlahan-lahan, saya tidak menyuruh anda berhenti seratus peratus tetapi carilah peluang yang boleh menguntungkan kerja dan 'kerja'.anda faham?hehe.kalau tak faham, bole pm fb saya, ya? :)

saya juga sempat bertemu muka-ke-muka dengan hadek-hadek bulatan gembira saya.sungguh gembira rasanya!rasa nak buat hari2.seronok betul hidup hanya bersama mereka, bertemu hanya kerana satu, Allah.saya takkan rasa sayang sebegini kalau bukan kerana saya mahukan yang terbaik untuk mereka.in fact, saya rasa saya mahu sentiasa update hari2 dengan kakak naqibah baru mereka mengenai mereka.apa perkembangan, ada masalahkah mereka, mereka rindukan saya atau tak , eh :P saya akan pegang kata-kata seorang hadek S.katanya, "kak, nanti akak datang sini lagi, kita kumpul 4 orang eh dengan akak." TT__TT ya, akak akan datang sana lagi.ingat pesan akak, B tolong jaga SY, SY tolong jaga SH, SH tolong jaga A, A tolong jaga B.ok? kita memang tak dapat bersama lama tapi akak sentiasa doa supaya kita dapat berbulatan gembira lagi dalam syurga, kita masuk syurga sama-sama eh? ;)



walaupun saya sudah berbincang dengan Cik S, berjumpa dengan hadek-hade bulatan gembira, saya masih lagi tidak tenang.maka, saya ambil keputusan untuk berjumpa seorang lagi iaitu Kak N.Kak N yang baru pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun di oversea adalah sangat baik dan banyak membantu.dialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya mengambil alih tugas saya atas 'kerja' yang saya telah tinggalkan tersebut (walaupun taklah tinggalkan terus).setelah berbincang dan mengeteh di rumah nya, saya pulang dengan hati yang lega.saya yakin Kak N akan dapat pikul tanggungjawab tersebut dengan lebih baik, insyaAllah.walaupun dia ada menyatakan agak keberatan untuk melepaskan saya, namun saya sudah meyakinkan dia bahawa kalau ada rezeki, kalau memang Allah takdirkan saya di Melaka, maka sudah tentulah saya akan kembali be'kerja' di Melaka.

begitulah aturan yang telah Dia tetapkan. moga-moga ini yang terbaik.oh, saya juga ada bertemu dengan sahabat-sahabat yang 'satu family tapi lain abi'. mereka juga semakin pantas bergerak, mereka sedang sibuk untuk ber'KASBEM' bulan hadapan.alhamdulillah, moga-moga Allah terima amalan kita sebagai ibadah.dalam perjalanan ke Melaka Sentral, sahabat 'satu family lain abi' saya drive kereta Kak Wafaa.tiba-tiba kami terserempak dengan Kak Wafaa dan suami, Abg Nurul dalam kereta WUH.hoho.bukan main seronok Kak Wafaa melambai.moga kalian bahagia, nanti dapat anak letak nama saya, ya? terima kasih atas jawapan 'ya' tersebut ;)

0 feedback: