Monday, 7 November 2011

apa selepas diploma? #2

Assalamualaikum

wahaha.sesiapa yang sedang menunggu entri mengenai ibrah dari Aceh sila nangis sambil hentak2 kaki sekarang sbb kali ni mmg saya takkan cerita psl tu lagi.hehe.sori.masih takde mood nk cerita pasal tu sbb ....err....sbb.....sbb saya kene spend masa yg agak lama sbb kene bukak quran dan mempunyai bahan2 yg best spt gambar dan video which i dun have any (ok, ni alasan semata).dlm fb ade byk tp tak semua lg.haih, bila la org2 yg ade sume gmba dari Aceh ni nk upload sume.

ok, saya pun tak sangka ada sambungan rupanya entri sebelum ini. nak dijadikan cerita, pagi tadi saya dapatkan maklumat mengenai BNM daripada seorang junior saya yg sedang ditaja BNM.alhamdulillah, da clear skrg apa assesment yg perlu dilalui utk dptkn tajaan BNM.

pg td jugak, berjaya melawan nafsu tidur dan bersiar-siar di sebuah taman rekreasi bersama abah, mama dan hajar.setelah selesai berjalan satu round mengelilingi tasik, saya dan hajar pun duduk di kerusi tepi tasik sambil tunggu mama dan abah berdating, eh bukan, tunggu mama dan abah habiskan pusingan mereka :P (sepertinya sy dan hajar lbh hebat spt atlet kerana hbs dulu kan?hehe.sbnrnya mama dan abah lebih owesome dr ktrg, mama buat 2 pusingan, abah buat 3 pusingan!)  

bila mama menghabiskan pusingan, mama pun join ktrg di kerusi.maka, bermulalah perbincangan hangat kami.basically, kami bincang mengenai "Nadi dan Warwick Bagai Pinang Dibelah Dua"...haha.cool kan tajuk perbincangan?haha.alaa...bg la can kt saya nk ada chemictry sket dgn Warwick.

ok, takde la tajuk mcm tu pun sbnrnye tp mmg ktrg bncg psl Nadi dan Warwick lah.mula2, saya dan hajar bercakap mengenai belajar sbg student diploma adalah sgt berbeza dengan belajar sebagai seorang student degree.masa tgh buat pusingan tu lagi dah berbual psl ni.FAR dan bla2, sume psl accounting lah of kos sbb ktrg dua2 budak akaun.Hajar juga ada luahkn hasrat utk apply biasiswa JPA lps hbs sem ni (skrg, die baru je start first sem sbg student degree in accounting di UiTM).so, konklusi kami, mmg diploma dan degree sgt jauh berbeza.saya hanya mengangguk2 setuju sbb sy pun bukan stadi pun masa amik diploma dulu.serius tak tipu!sape penah jd osmet saya mesti setuju dgn statement ni.Nadi Tak Belajar Pun Masa Diploma!(sila jangan tiru attitude mcm ni ye)

then, bila mam da join, baru la saya kata, "haih, mama rasa bole ke ek Nadia dapat Warwick?"....mama pun kate, "abah pelik nape kamu nak sangat pegi Warwick tu.dia kalau boleh nk ckp dgn TM tu kalau kamu bole sambung degree terus, sambung je kt UiTM.TM taknak taja takpe, biar abah je yg bayar."...erk...mama ni tak jawab soklan langsung.mama sambung "lagipun, mama rasa sama je belajar kt Warwick ke dalam negara ke.belajar mana2 pun sama je.nanti dah kerja, takde aih org nak tgk kamu stadi kt mana.da dapat degree tu sume sama je.asalkn dapat degree."..ok, yang ni saya tak setuju!

"ma, lain la belajar kt Warwick dgn UiTM tu.sbnrnya, Nadia tak maksudkan luar negara dan dalam negara.bole je kalau mama nak nadia belajar dalam negara but sorry, bukan UiTM atau IPTA."...haaa...amik kau...gelabah jugak aku ni rupenye.[dlm hati masa tu da takut dah Hajar kecik ati :P]mama sambung, "mama pun dulu pernah belajar kt UTM.sama je mama rasa (fyi, mama adalah oversea graduate).

maka, perbicangan berlanjutan .masing2 mengeluarkan hujah.saya paling emosi.haha.ada sbb kenapa saya taknak IPTA yg penuh dgn melayu tu.yes, maybe saya hanya melihat itu sbg disadvantage IPTA.kalau dah sume melayu kat situ, macam mana nak berkembang melihat selain melayu.tapi, mama bidas kate, "elleh, kamu tu pun kt MMU bergaul sgt ke dgn bukan melayu?"..yes, indeed apa yg mama bidas tu betul.bukan saya bergaul sgt pun dgn bukan melayu di MMU tp hey, saya mencuba ok!sumpah tak tipu, student diploma sgt jauh berbeza  berbanding foundation dan degree di MMU.asabiah budak diploma sangatlah kuat(banyak hujah saya bukan apa yg akan saya taip ini sahaja).pernah satu hari saya masuk ke kelas dan duduk di sebelah classmate yg bukan melayu, alhamdulillah, dia tegur saya :) 
tapi..... 
tegur kerana mahu bg statement ni "err...kt sini ada tmpt orang lah." erk....saya pun dgn muka takde perasaan pergi ke blkg mencari tmpt kosong yg lain.yes, mmg saya tak bole jadikn kes ni je sbg hujah utk statement saya kt atas tu tp most of the time bile masuk kelas mmg begitulah mereka.masing2 dah duduk dan jaga tmpt utk kawan masing2.cuba buka sikit ruang, mungkin kita bole jadi sahabat yang hoyeeaaaahhh!!!hehe.however, bukan takde yg ok, saya berkwan juga dgn mereka cumanya tidaklah stadi bersama(of kos, memandangkan saya tak stadi pun), makan bersama, buat asemen bersama.serius, groupmate asemen saya semua melayu!ada beberapa orang je bukan melayu yang mmg melekat dgn saya dan beberapa kwn saya sejak first sem dan mereka adalah indian.

hujah saya lagi, melayu(muslim) di IPTA kurang menghargai nilai Islam yang mereka dapat.sapa setuju dengan saya sila angkat tangan!ya, saya nampak ramai yg angkat tangan.terima kasih ya :) in fact, hajar yg stadi kt UiTM tu pun setuju.yes, kali ni saya menang!(sambil muka muka annoying kt mama :P ok, tipu je.) bila Islam itu sangat mudah dijumpai, maka kita seringkali lupa itu adalah satu anugerah dan rahmat terbesar dari Allah.senang kata, kt IPTA saya akui, bersepah-sepah orang offer ikut bulatan gembira.ramai yang menerima, ramai juga yang menolak dengan alasan kt sekolah dulu dah ikut, insyaAllah sekarang dah kuat dah.tak payah usrah.dgn alasan sibuk.byk asemen, tuto.habis tu, duk bersms berkoling 24/7 dgn 'bakal suami/isteri' tu tak ganggu masa korg pulak?duk keluar dgn buayafren gelifren tu tak buang masa pulak?duk berfb update status tgh buat ape setiap 2 minit tu tak sakit mata pulak?ok, emosi sebentar.hihi.

di MMU, saya berjumpa dengan manusia2 yang tahu menghargai.saya tak minta mereka menghargai saya yang tak buat apa2 ni, tapi saya tahu mereka sangat menghargai Islam yang mereka baru dapat.bukan baru dapat pun sebenarnya.mereka dah lama dapat.tipu la kat sekolah dulu tak belajar pasal Islam.subjek Pendidikan Islam semua muslim amik kot, kan?err....sbb kt sekolah saya semua kene amik subjek PSI dan PQS >_< saya berjumpa dengan mereka yang kadang2 boleh buat saya nangis.insaf sebentar.huhu.

pernah satu hari, ada seorang kakak yg sangat saya kagumi, ajak lepak di bilik kwn dia yg juga osmet dia.saya pun duduk dengan mereka dlm bilik.soalan yang ditanya oleh kawan kakak tu, "kenapa kita kene solat ek?"....oh my......saya seperti dilanda soalan malaikat mungkar dan nakir.ok, sangat hiperbola di situ.hehe.saya pun memberikan jawapan yang saya rasa tidak memuaskan hati dia (spt tanda bersyukur kita pd Allah dsb), lantas akak yg saya kagum tu tolong jawabkan.saya pun dah tak igt dia jawab apa.hihi.tetapi kami tiada lah skema jawapan sbnrnya.end up, kami sama2 berfikir dan cuba mencari jawapan.the next ayat yg keluar dr mulut kwn akak tu slps hbs perbincangan psl isu solat tu, adalah "akak rasa nak belajr psl Islam lah tapi akak tak tau nak start dari mana.akak tak tau nak rujuk kat mana."...sumpah saya rasa nak nangis masa tu.ok, end story there.[saya tahu akak tgh senyum2 baca cerita ni kan?diam!jgn bgtau saya apa2.saya pun manusia biasa yg punya perasaan wlpn kdg2 unresponsive dgn keadaan sekitar :P]

ok, perbincangan kami di taman rekreasi berjalan dgn hangatnya.tak perlulah saya ceritakan semuanya di sini.kalau tak, panjang berjela jadinya entri ini :) alhamdulillah, perbincangan ni membuka fikiran kami dan at least mama, hajar dan abah (join kami slps hbs round ke3) tahu apa yg saya fikir.

sejujurnya, ya, ini mmg paling jujur, sbb utama saya mahu ke UK (saya mahu ke UK sbnrnya, bukan Warwick) adalah kerana saya mahukan tarbiyyah di sana.ya, ini paling jujur.bukan kerana di sana sejuk, bukan kerana saya mahu mama bercerita dgn kawan2nya bahawa anaknya dapat belajar di UK, bukan kerana saya tak suka IPT di Malaysia.semuanya kerana tarbiyyah.jujur, saya orang yg sangat outdoor.saya suka travel.travel buat saya berfikir mengenai Allah.ketika di Aceh pun banyak kali saya menangis dalam hati.rasanya seperti mahu terus menetap di sana (ok, ni statement berani mati :P).in fact, utk seseorng taaruf dgn seseorg yg lain, bermusafir bersama adalah terbaik.begitu juga bila kita nak kenal mad'u kan? :)

ok, mungkin saya perlu buat satu lagi entri mengenai dakwah di oversea super kool! kerana entri ni dah terlalu panjang.mungkin.

saya pun tak berapa nak yakin mama kasi tak saya belajar jauh2 wlpn die penah kate, pergila....sbb?sbb saya pernah request pd mama utk stay di melaka (melaka je pun!).n she said, "tak payah la, sementara kamu tak kawen lagi ni duduk la dgn mama.nnt dah kawen kamu ikut suami pulak.".."ma, nadia lambat lagi nak kawen la, baru 20tahun."...and the next answer from mama xleh display kat cni.jawapan mama tak masuk akal langsung!

nadi : seems like i can't further with my first choice which is going to UK with BNM scholarship coz i can't be in other contract since my contract with TM is not settled yet T_T kecuali TM nak sponsor saya ke sana which is impossible!tp yelah, bak kate Amin Idris, selagi impian yg kita nak tu tak mustahil utk kita capai, maka impian kita tu belum cukup hebat.faham tak?maksudnya, kalau nak ada cita2, cita2 kita tu mestilah sesuatu yg mmg mustahil utk kita capai.barulah hebat!setuju tak?hehe.

2 feedback:

sakinah said...

setuju dgn pendapat nadi pasal ipta tu. serius, memang tak berkembang dan kurang persaingan bila dah semuanya melayu. jadi pergaulan kita pun jadi kekok dan kadang2 susah nak masuk dgn orang2 yg bukan melayu ni. kat negara sendiri bolehlah pilih kawan, tapi kalau dah kat sana, memang dah terpaksa kan? heee
insyaAllah, moga hajat dan impian nadi tercapai. aminn. doakan kita jugak eh, manalah tau dpt jumpa kat sana jugak ;)

Gadis Najlaa said...

Sis,
Jgn cepat givap dlm menggapai impian. Fateen najlaa sebelum berjaya buat undang2, dia sanggup jadi pencacai kopi bean.hehe. Allah baru nak test sikit. Yakin!

I agree sgt2 psl ipta vs ipts punya issue tu. Undeniable. People in ipta especially uitm sdg berbulan madu di dlm comfort zone memasing.hehe.

I bet, u get better experience as a daie in mmu. N u get to know better mad'u kan?hehehe