pertama sekali, sila jawab pertanyaan di atas.
bagus!kalau jawapan anda ya, bermakna anda juga seperti saya.
kadang-kadang macam tak nak percaya dengan statement bahawa saya memang seorang yang suka memendam tapi berdasarkan pengalaman memang betul.dan diakui oleh beberapa orang yang pernah rapat dengan saya.in fact, kalau search kt internet pasal kajian Dr. Fadzilah Kamsah mengenai ciri-ciri anak September, pasti "seorang yang suka memendam" tersenarai di situ.
sampai satu hari tu, baru saya mengaku. eh, haah la, memang saya ni suka memendam rupenya.
lebih membuktikan kebenaran bila terlalu banyak penulisan saya yang mahu dijadikan post dalam blog hanya dibiarkan sebagai draft.sama ada dah siap atau belum.oh, cukup sadis!
kalau anda juga seperti saya, pasti anda selalu berasa sakit.maksud saya, sakit dalam hati lah.yelah, bila apa yang kita rasa tak dapat diluahkan.hanya Dia yang mendengar.tetapi antara nikmatnya adalah, kita benar-benar meluahkan sepenuh hati bila bersendirian dengan Dia.'feel' tu lebih sket.
walaubagaimanapun, saya tahu, tak semestinya begitu kan.takpelah, yang penting saya hanya menceritakan apa yang saya rasa menjadi manusia sebegitu.seperti sekarang ini lah, sebenarnya saya mahu ceirtakan perkara lain, tapi saya terpaksa memendam kerana tak mahu diketahui orang lain.
sumpah hati saya sangat sakit, tahu?! TT__TT
Allah, lembutkanlah hati seorang hamba yang sangat lemah ini.
nadi : benarlah kata inche gabbana, "Sabar Itu Bukan Saudara Mara Puan Sabariah".kalau saya dah tak tahan sangat saya akan menangis.macam hari tu masa tunggu orang amik kat stesen bas >_<.xleh nak marah, so nangis je lah.
nadi 2 : eh, ada sapa2 nak buat video dengan saya tak?saya nak masuk pertandingan ini, tapi tak best buat sorang2.
1 feedback:
as what i said kan. u got something hidden. hehe. sekarang amacam? dah okay dah? kalau tak, saya nak nyanyikan lagu ni. HIT ME BABY ONE MORE TIME ataupun lagu ACI ACI BUKAK PINTU..sabarlah ye. sesungguhnya hakikat sabar tu amatlah perit tapi dapat mengekang dr banyak jenis mehnah dunia yg tak disangka sangka. dan itu menjadi bukti dan lambang org2 yg beriman. hehe. ;)
Post a Comment