Sunday, 18 March 2012

saya harap, ini bukan sekadar di dunia

assalamualaikum.

hjg mggu yg lepas sempat bergathering bersama keluarga Peuehaba Aceh yg sgt dirindui.
mula2 ada rasa mcm tak nak pegi atas sbb2 yg agak kuat jugak lah..antaranya, sbb ada flashmob MyGMJ di KL.terasa saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat rugi kalau tak pegi berikan sokongan.huhu.
tp atas beberapa sbb lain juga, sy gagahkn diri utk pegi.mgkn juga itu satu kebetulan....(errr...tp kebetulan tu sbnrnya tak wujud kan?)...senang kata, takdir Allah mmg nak saya ke melaka dan bukannya ke flashmob MyGMJ.redha.

walaupun balik dr gathering tu saya tak nafikan ada sedikit kesedihan yg saya alami tp sy rasa lebih banyak keseronokan dan kepuasan bila berjumpa mereka.saya tutup buku kesedihan dan cuba telan kesedihan itu dgn hati terbuka."look at the positive side please.." kata saya kpd diri sendiri.

sumpah lah sangat rindu dgn semua ahli keluarga Peuehaba Aceh.walaupun tak ramai, kire ok jugak la.kalau tak, sampai bile tak jumpa.dan saya ada simpan azam utk tak hadir lagi gathering Peuehaba Aceh lps ni.wahahaha (gelak kejam).biarlah itu yg last.muahahahahahaha (gelak kejam lagi) --> sila jgn bayang sy gelak kejam ye, buruk kot perempuan gelak mcm tu..itu hanyalah expression dlm bentuk penulisan.

apa2 pun, saya sangat sayang semua ahli keluarga Peuehaba Aceh dan sangat2 harap dapat berjumpa dan bergathering secara ramai2 dan rumah penuh (full house) di syurga nan abadi, insyaAllah.*sayang sangat sampai rasa nak nangis.marilah bersama-sama saya dalam gerabak dakwah ini.eh, tiba2 :)*

saya rasa mcm nak buat blog psl family aceh ni.huhu.they are too special for me.sangat2 berharga.dan kerana itu jugalah saya kalau boleh nak sampaikan pd mereka,

"Ayyuhal usrati ahibba', marilah sama-sama kita membantu ummah ini dengan segenap tenaga dan sumber apa sahaja yg kita ada.kalau takde duit, cari duit dan bersedekahlah.kalau takde ilmu, cari ilmu dan sampaikanlah (walaupun sedikit).kalau masih belum hbskn study, study betul2 biar dpt harumkan nama Islam.kalau belum berkahwin/di ambang perkahwinan, jadikanlah baitul muslim yg bakal dibina sebagai rumah/keluarga yg cuba sedaya upaya mengamalkan Islam secara kaaaaffah (menyeluruh).kalau yg sudah kahwin, didiklah isteri dan anak2 dgn baik agar dpt menjadi permata Islam.kalau yg sedang berkerjaya, kerjalah dengan seikhlas mugkin, jangan jadikan wang sebagai matlamat utama, attitude yg baik akn dpt menunjukkn pd pekerja sekeliling bahawa Islam itu agama yg indah.saya doakan agar semua ahli keluarga ini dapat dipermudahkan segala urusan dan dapat mencapai matlamat dunia dan akhirat."

jika ada ahli keluarga Peuehaba Aceh yg sedang membaca, marilah kita tadah tangan sebentar dan mengaminkan doa ini,

"YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."

*nak nangis jap*


























(tak sanggup dah nak taip)
wallahu a'lam.

Monday, 12 March 2012

lunch hour #2

assalamualaikum.

sekarang masa lunch hour.sy kt ofis.ramai yg dah keluar ofis.ada yg pegi lunch, dgr ceramah, g surau tggu masuk waktu zohor.sy pun, spt biasa melangut dpn laptop sorg2.sbnrnya nk tggu cik-bakal-doktor Shazwani Nasir membalas komen di fb sbb die kata ada benda urgent (mana tau kot die nk sponsor saya g Mansourah ke? :P).nnt makan lunch pun sorg2 la nmpknye...haih bosannye...(geng2 batch 109, cepatlah masuk kerja kt TM niiiiii!!!!!!aku da bosan gile takde buddies.)

sbnrnya ada majlis ilmu kt surau bawah tp saya tak pegi.sebabnya, baru tahu td, pastu, kak yam(best buddies kt ofis) cuti xde geng nk pegi, pastu sbb kt surau tu nnt ramaaaaaaaaaaaiiiiiiiiii gile lelaki.
ada la jugak ofismate lelaki ajak pegi surau td tp segan kot.saya pun hanya membalas ajakan itu dengan senyuman....huhu

entah la, kdg2 rasa looser jugak sbb org yg ajak kita, patutnya sbg seorg da'i, kita yg ajak org.tp entah la.ada sorg pakcik kt ofis ni slalu tegur sy suh pegi majlis ilmu.but the thing is that, die tak tau yg sy ni tak dpt maklumat pun.tau2 je, pakcik tu da bising2 kata saya tak pegi majlis ilmu.kadang2 rasa tercabar jugak, "elleh, pakcik ni, macam la kau tau sgt hidup aku mcm mana.aku pegi usrah tetiap mggu ada kau tau?" *syaitan buat muka camni ^_^v*...astaghfirullah...rasa berdosa kalau pk mcm tu.utk mengelakkn berfikir mcm tu, sy akn cpt2 twist pemikiran, "takpelah, pakcik tu bukan tau pun aku ni pegi majlis ilmu ke tak kat luar sana.lagipun, mmg belajar ni tak pernah ada titik noktah.maafkan je la pakcik tu."

sungguh la, ujian bekerja ni bukan mudah.mungkin saya masih belum seratus peratus tgk realiti kerja tp da dpt gambaran sket2 la kot.lagi2 lps baca buku "Beduk Diketuk" penulisan Pahrol Mohd Juoi, yg mana membuatkan pembaca banyak berfikir. Ustaz Pahrol (sbnrnye beliau bukan ustaz pun tp sy sgt hormati ilmunya dlm bidang agama) banyak membongkar realiti pekerja korporat di Malaysia sbb ustaz mmg selalu buat prgrm motivasi utk golongan korporat kerajaan dan swasta.so, byk perkongsian ceita yg ustaz dpt dr pekerja2 yg ikut prgrm motivasi beliau dan beliau kongsikan dalam buku tersebut.saya sangat mengesyorkan anda membaca buku tersebut ^_^v

sekarang ni tgh menghabiskan novel "Sebarkan Cinta-Mu".jika anda pertama kali melihat novel tersebut pasti anda sudah putus asa untuk membacanya sebab novel tersebut sumpah tebal!tapi percayalah, novel tersebut sangat banyak ilmu di dalamnya.bukan setakt ilmu pengalaman, tetapi ilmu fiqh, sirah, usul fiqh juga ada di dalamnya.saya baru baca tak sampai setengah tapi ilmu yg saya dapat masyaAllah rasa mcm baca kitab fiqh.silalah membelinya segera!!! :)

eh, jgn lupe beli majalah JOM! juga, tak lama lg keluaran pertama akn diedarkan ;)
sape nk beli dgn saya, sgt dialu-alukan.

Thursday, 1 March 2012

lunch hour #1

assalamualaikum.

sekarang ini saya berada di ofis, bersenang lenang kerana sekarang adalah lunch hour sehingga pukul 2.30 ptg.tadi saya baru sahaja qailullah (aktiviti wajib setiap kali lunch hour...:P) dan bangkit daripada tidur, saya terus buka fb dan blog2 wajib-buka.hehe.sudah beberapa hari sebenarnya rasa teringin mahu menaip sesuatu di dalam blog tapi apakan daya, disebabkan kemalasan dan kepenatan, saya biarkan sahaja laptop tidak terusik utk beberapa hari.bukan apa, laptop saya dah lama tidak terformat, maka kelajuannya adalah tahap siput-bersiar-siar.ini adalah sangat mencabar kesabaran saya, maka disebabkan saya tak mahu mendapat dosa kering menyumpah seranah laptop sendiri yg telah banyak berjasa, saya pun membiarkan sahaja laptop tersebut tidak terusik.hahaha...

so, sekarang, nak cite sket je lah...
mcm tak sempat nk taip pnjg sbb nk solat dan makan.hihi.

beberapa hari lepas, saya keluar agak lewat dr ofis.lbh kurang pukul 6.00ptg.
maka, terjadilah dialog begini antara staff yg masih di ofis dan duduk berdekatan...

en. yusof : kau ni selalu balik lambat.rajin betul kau.rileks la, kau baru 2 bulan kt sini, org pun tak kesah kalau kau balik awal.performance tu baru je...
kak yam : haah la nadia, rajin pulak balik lambat.ooo...takpe la, die bujang..
saya : (sengih) banyak keje la kak...
en. yusof : oo...entah2 ada org tggu kt bwh tu.ada 'kawan' tggu la tu kot.
kak yam : eh, mana ada en. yusof, nadia mana main boyfriend2 ni...dia baik bla bla bla...
en. yusof : oh, kalau macam tu bukan boyfriend la, ada ustaz tggu la kot kt bawah tu...
kak yam dan en. yusof : (gelak2 sambil memandang saya)
saya : (sengih je, dlm hati "amiiiiinnnnnn")

wahaha.kenakalan terserlah..

bukan nak cerita tu sgt pun, tapi sbnrnya, realiti masyarakat dah biasa bila anak2 ada boyfriend dan girlfriend.siap ada yg tanya lagi bila anak da masuk IPT "timah, awk tu takde boyfriend lagi ke?cuba la sket2 tgk lelaki mana yg sesuai, takde la mak ni nnt lmbt dpt menantu.."

tak yakinkah kita pada qada' dan qadar Allah?

wallahu a'lam.

Wednesday, 15 February 2012

cari pasal

memalam camni tgh mencari maklumat utk sambung belajar,
saja carik pasal bukak website utk sambung study kt overseas.kt warwick.
tiap kali bukak mesti rasa sedih.bencinya!!!

susah sgt nak lupa benda dah lepas.
astaghfirullah, cubalah bersyukur dgn apa yg ada.
mcm kena buat MOU dgn diri sendiri supaya lupakan hasrat hati tu.

only He knows the best.
Allah, alihkan perhatianku pd perkara lain.
sungguh, tiada apa yg perlu ku kejar di dunia ini, hanya Engkau yg harus ku kejar hingga hujung dunia, akhirat abadi.

DENGAN INI,
saya mahu menutup cerita angan-angan sambung study di oversea itu.
soda qollahul 'aziiiimmm....

aman.

Tuesday, 14 February 2012

looser

Assalamualaikum.

setelah lebih kurang sebulan rasanya meninggalkan blog ni, akhirnya saya kembali menaip.biarlah kalau takde yg membaca pun, saya harus tetap menulis sebab penulisan adalah salah satu cara dakwah.maka, sepatutnya saya harus menguasai (walaupun sampai sekarang tak kuasai.membaca penulisan sendiri sangat tak best rasanya :( )

oklah, sebenarnya dah lama nak menaip sesuatu di blog.sekurang-kurangnya takdelah lama sangat otak ni berehat tidak berfikir, dengan menulis, saya akan berfikir banyak perkara walaupun tak semua terzahir dalam penulisan.baru tadi saya membuat sesi bakar membakar (istilah inche gabbana) dengan membaca dan melihat video tarbawi.rasanya spt memotong bawang T_T

terlalu banyak isu-isu dan perkara yg terjadi di negara kita malah di dunia.ada juga yg saya tak sempat nak ambil tahu err....ataupun yg lebih benar takde masa T_T isu syria, isu politik negara, isu remaja, isu akademik, ahh...terlalu banyak utk disenaraikan.Allah, banyaknya yang saya tak cover lagi....

sebulan kerja ni memang banyak kena muhasabah balik.bukanlah saya terlalu workhaholic tapi suasana pejabat membuatkan saya terlebih rajin.lebih-lebih lagi saya belum lagi mendapat kawan yang benar-benar rapat yg boleh selalu diajak lunch bersama, bual gelak ketawa bersama.maka, saya tiada masa utk berfikir ttg makan, berbual, gelak, curi tulang dsb.apa yang saya buat di ofis hanyalah kerja.pernah 2 kali je saya bermukabuku di ofis.makan pun selalunya bungkus dan makan di meja saya.bagus kan?pernah sekali saya gastrik dan terpaksa ambil mc setengah hr sbb tak makan, kononnya nak puasa tapi tak sahur.alahai, saya sendiri tidak percaya dengan apa yg saya lakukan.

wahai kawan-kawan sekalian, jujur saya katakan, bila saya seolah-olah workhaholic di tempat kerja, saya rasa sangat looser.looser sbb apa?sebab saya hanya memikirkan mengenai kerja sahaja.bukan main lagi, saya kerja pagi sampai petang, balik rumah, mandi, makan, tgk tv, surf internet dan tidur.hidup saya sebulan berkisar begitu sahaja.ada lah jugak sekali sekala ikut prgrm ataupun menghadiri kenduri kawen yanag saya rasakan takde beza pun sama ada pergi ataupun tidak.err....saya rasa teruk sangat sebulan ini.

apa yang teruk sangat dgn life macam tu?ohho...sila tanya sila tanya.bagus soalan itu.saya rasa teruk sebab saya dah tak bawa bulatan gembira spt sebelum ini di kampus.dan bila saya tak bawa bulatan gembira, saya rasa selesa dengan diri saya dan apa yang saya lakukan.tiada sesiapa yang perlu saya risaukan dan saya bimbing (walaupun saya sendiri tak terbimbing T_T).tiada peringatan zreeettt dari hadek-hadek bulatan gembira tanpa mereka sedari bahawa mereka sedang memberi peringatan kepada saya.

saya baca artikel inche gabbana mengenai jika saya tidak terjebak dengan tarbiyah, apa yang mungkin terjadi pada saya.bila baca artikel tersebut, rasa teruk sangat.teruk sebab saya pun rasa saya akan jadi lebih kurang sama seperti itu.saya akan jadi workhaholic, gila nak naik pangkat, kipas boss, nak beli gadget terbaru secepat mungkin, sekali sekala keluar dengan kawan, shopping, sibuk berskype dengan boyfriend, bergaya dengan fesyen muslimah terbaru (muslimah tu...baik sket)...urgh...nauzubillah.sedangkan sekarang pun kadang-kadang saya ada juga rasa spt nak beli gadget terbaru, workhaholic, jeles tgk muslimah lain pakai baju lawa2...senang kata wahan lah....*astaghfirullah*

anyway, alhamdulillah, saya masih bersyukur kerana Allah bukakan jalan bagi saya.ahad lepas baru sahaja beramah mesra dengan akhawat uia.mungkin ini permulaan di sini.ya, saya yakin mmg akhawat akn cari saya walau kat mana pun saya dicampak, saya tak patut rasa risau pun.tapi yelah, hati manusia ni Allah yang pegang.hidayah tu bila-bila Dia boleh tarik.saya harap Allah masih beri peluang utk saya kembali berkungfu dalam DnT ini.

[sampel] sayang akhawat!

*saya tinggal dengan family makcik di sini, maka saya agak rapat dengan abg sedara saya yang seorang ini.dia juga agak baru memasuki lama pekerjaan spt saya dan dia termasuk lelaki-lelaki yang boleh dikatakan smart lah (maksud saya pandai errr...ataupun logam) macam mana saya nak tarik dia ek?kadang-kadang saya kesian tgk dia, sbb saya rasa, dia adalah saya jika saya tidak terjebak dgn tarbiyah.hmm...tak tahu macam mana nak tarik dia kpd bulatan gembira dsb.sesiapa boleh tolong?*


nadi : doakan saya mendapat jodoh yang terbaik sama ada di dunia mahupun di akhirat :)